Skip to main content
HomeViral

Pulau Pinang Tarik Balik Penukaran Tema Merdeka 2015

By 24 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

GEORGE TOWN, 24  Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan Pulau Pinang menarik balik tema ‘Bersih, Cekap, Amanah’ bagi Sambutan Hari Kemerdekaan 2015 peringkat negeri dan akan menggunakan tema yang ditetapkan kerajaan pusat, ‘Sehati Sejiwa’

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata ia tidak akan menjadi masalah bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri itu berikutan penukaran tema tersebut

“Keputusan ATM menarik diri daripada sambutan kali ini akibat akur kepada desakan kerajaan pusat telah menyebabkan kerajaan negeri membuat pertimbangan semula” katanya dalam sidang media hari ini.

“ Penghormatan diraja oleh ATM kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas adalah satu kewajipan tradisi sambutan Hari Kebangsaan.”

“Kerajaan negeri akan menggunakan tema yang sama dengan yang telah diumumkan oleh kerajaan pusat.”

Sebelum ini, ATM mengambil keputusan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Jabatan Pendidikan Pulau Pinang turut mengarahkan semua sekolah agar tidak terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti kemerdekaan anjuran negeri sehingga mendapat pengesahan lanjut daripada Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, terdahulu, Kementerian Pendidikan mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggunakan tema berbeza bagi menyambut Hari Kebangsaan 2015.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berpendapat ia merupakan keputusan tidak wajar kerana tema yang dipilih “Sehati Sejiwa” seharusnya disambut secara menyeluruh.

“Saya mahu awak jawab dahulu, mengapa kerajaan negeri memilih tema lain daripada yang dipilih kerajaan pusat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis konvokesyen pelatih Kolej MMC-Gamuda di Cheras hari ini.

Beliau turut menggesa Ketua Menteri itu untuk menjelaskan perbezaan tema itu dahulu

Tindakan tersebut telah mengundang banyak masalah serta menjejaskan perpaduan rakyat

 

Tinggalkan komen anda