Skip to main content
HomeViral

PDRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Kehilangan Kevin Morais

By 8 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA LUMPUR, 8 September 2015 (MalaysiaAktif) –  Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais.

Pada masa yang sama Noor Rashid Ibrahim juga menyatakan bahawa pihak PDRM  sedang  melihat segala kemungkinan dalam kes ini dan akan meneliti fakta dan bukannya khabar angin semata-mata.

Beliau berkata  demikian dalam  sidang media Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2014 yang berlangsung petang tadi di  Bukit Aman.

Kevin Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dikatakan memandu Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Sabtu lalu, polis menjumpai sebuah kereta terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak, yang dipercayai hampir sama dengan model kereta yang digunakan oleh pegawai itu.

Bagaimana pun polis tidak mengesah atau menafikan bahawa kenderaan yang ditemui itu milik Kevin Morais.

 

Tinggalkan komen anda