Skip to main content
HomeViral

Retrospek Tiga Grup Pemuzik Dalam ‘The Blue Jeans Concert’

By 8 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Malaysiaaktif) — Pihak penganjur “The Blue Jeans Concert” dan Istana Budaya bersetuju memilih tiga kumpulan pemuzik, iaitu Exist, May dan Blues Gang bagi meraikan ‘reunion’ masing-masing.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata pihaknya mengambil pendekatan berlainan dengan menjemput ketiga-tiga kumpulan bagi memeriahkan acara buat julung kalinya.

 

20150908030028

 

“Selama ini Istana Budaya hanya ada kumpulan rock, seperti Search dan Wings yang berpeluang berpentas di sini,”katanya ketika berucap dalam sidang media “The Blue Jeans Concert” di Istana Budaya, Kuala Lumpur hari ini.

“Ini kali pertama ketiga-tiga kumpulan akan membuat persembahan, patutnya Exist membuat persembahan Februari lalu tetapi tidak kesampaian,” katanya.

Vokalis ketiga-tiga kumpulan menjanjikan persembahan hebat bagi meraikan semula pengembaraan meniti zaman dari mula hingga kini.

Penerbit dan Pengarah Konsert, Bombay berpendapat tema konsert tersebut masih relevan untuk diketengahkan.

“Saya membawa era Blue Jeans ke Istana Budaya kerana musik genre blues oleh kumpulan-kumpulan terlibat lebih ke situ” katanya lagi.

Dengan penonjolan satu malam satu kumpulan, Exist, May dan Blues Gang digabungkan hanya pada nama kerana mereka diberikan platform sendiri pada 23, 24 dan 25 Oktober di Istana Budaya,

Konsert itu menawarkan harga tiket bermula dari RM 50, RM 100, RM 150, RM 200 dan RM 250.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari www.ticket2u.biz atau hubungi di talian   03 4147 8600/019 2111 600.

 

Tinggalkan komen anda