Skip to main content
EkonomiHomeViral

TH Ambil Keputusan Bawa Balik RM 1 Billion  Pelaburan Hartanah

By 15 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil keputusan hari ini untuk membawa balik pelaburan hartanahnya di luar negara yang bernilai RM1 billion bagi mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut kenyataan dikeluarkan badan berkanun tersebut, mereka juga akan memberi fokus kepada hartanah domestik berdasarkan peruntukan aset sekitar RM3.5 bilion,

“TH sebagi sebuah institusi Islamik dan pemangkin ekonomi negara, menyahut seruan Perdana Menteri bagi memastikan kestabilan pasaran kewangan.

“(Ini) melalui peningkatan terhadap inisiatif-inisiatif sedia ada dan baharu agar TH dapat bergiat aktif dalam pelaburan dalam negara yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi.”

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan usaha-usaha yang perlu bagi merancakkan ekonomi terutama peranan syarikat tempatan dan antarabangsa membawa pulang keuntungan dan melabur dalam negara.

TH berpendapat usaha seperti penyediaan DANA RIA bernilai RM 200 juta dirancang bagi mengalakkan pembangunan rakyat Bumiputra.

Sehingga 31 Julai 2015, sejumlah RM60.5 juta pinjaman diluluskan sebagai insentif permulaan usaha itu.

Dalam pengumuman semalam, Perdana Menteri turut menekankan bahawa pihaknya telah memperkenalkan semula ValueCap Sdn Bhd menerusi dana RM20 bilion bagi meningkatkan pasaran ekuiti perniagaan.

Dana sebanyak RM 5 billion diberikan kepada sektor perkhidmatan manakala suntikan tambahan sebanyak RM 2 billion disalurkan kepada sektor lain.

 

Tinggalkan komen anda