Skip to main content
EkonomiHomeViral

Harga Runcit Petrol RON95, RON97, Diesel Turun

By 31 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan
KUALA LUMPUR, Dis 31  — Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 30 sen mulai tengah malam ini.

Harga baharu RON95 ialah RM1.85 seliter dan RON97 ialah RM2.25 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz.

“Diesel turun 30 sen kepada RM1.60 seliter,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda