Skip to main content
EkonomiHomeViral

“Saya Pun Ada Tiga Kerja” – Ahmad Maslan

By 28 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menyelar kritikan yang dilontar terhadapnya berkaitan saranan beliau supaya makan gaji daripada dua hasil pekerjaan.

Jelasnya, beliau juga mempunyai tiga pekerjaan untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi.

“Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timb Menteri, Ketua Penerangan UMNO. Ramai dan di Msia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yg halal.

“#2kerja jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu mlm & hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan,” kata Ahmad menerusi akaun Twitternya hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad memaklumkan pemimpin pembangkang juga mengamalkan perkara yang sama.

Namun, kerja tersebut  harus datang daripada sumber pendapatan yang halal.

 “#2kerja YB Lim Guan Eng ADUN/MP/CM. YB DS Wan Azizah ADUN/MP/Ketua Pembangkang. 3 kerja. Saya cadang kerja yg ada + business online. Marah??

“Orang kampong dah biasa 2 kerja. Pagi menyawit, petang kedai runcit. Pagi menoreh, petang menyawit. Pagi ambil upah menebas, petang bertukang buat rumah.

“Tak ada masalah apa pun. Rezeki halal, anak2 berjaya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ahmad berkata kerajaan menggalakkan individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup.

Menurutnya, ia bukan sesuatu yang luar biasa, berikutan kebanyakan rakyat di negara-negara utama juga melakukan dua pekerjaan.

Selain memilih untuk makan gaji daripada hasil dua pekerjaan berlainan, seseorang individu juga disyorkan untuk memulakan perniagaan secara kecilan menerusi perniagaan atas talian.

 

Tinggalkan komen anda