Skip to main content
HomeJohor

Menyemai Patriotisme Masyarakat Dalam Informasi Digital

By 24 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto : Siti Nabila Bohari/Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis perasmian Pameran Kenegaraan dan Bintang Patriotik Mega berlangsung dengan meriahnya di Mydin Mall Mutiara Rini, Johor Bahru semalam.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan dan Pembangunan Kreatif Negeri Johor, Berhormat Sheikh ‘Umar Bagharib Ali.

Pameran merupakan platform bagi Jabatan Penerangan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk menyalurkan informasi dan impak positif kepada masyarakat secara bersemuka dan menyemai semangat patriotisme masyarakat Malaysia.

Siti Haminah penerima sumbangan

Siti Haminah penerima sumbangan

Sheikh ‘Umar berkata, Masyarakat yang mempunyai nilai patriotisme yang tinggi adalah masyarakat yang tidak gentar untuk bergiat aktif dalam agenda kerajaan dalam usaha bersama-sama untuk membangunkan negara.

“Kepelbagaian agama, etnik dan budaya antara teras kekuatan Malaysia menjadi sebuah negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Nilai perpaduan yang telah lama terjalin dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama menjadikan Negara kita harmoni dan sejahtera” Jelasnya dalam ucapan beliau.

Ujar beliau lagi “Perpaduan tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha dan langkah yang jitu dari pelbagai pihak. Perpaduan ini jika tidak diawasi dengan baik akan menyebabkan negara dalam keadaan genting memandangkan kedudukan kaum etnik yang pelbagai. Perpaduan juga memudahkan pelbagai program yang dirancang untuk rakyat mudah dilaksanakan dan banyak memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

Program ini juga sangat memberi impak positif kerana ia platform untuk orang awam berkunjung bagi mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan negara seperti rukun negara, sejarah negara, raja kita serta dasar pembangunan negara semasa pameran berlangsung.

Lawatan VIP ke tapak Pameran

Lawatan ke tapak Pameran

Selain itu, turut berlangsung penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin bandar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu dan DUN Bukit Permai. Penerima terdiri dari pelbagai latar belakang dan pelbagai bangsa.

Bagi penerima sumbangan, Siti Haminah Samad, 67, beliau berharap lebih ramai lagi orang yang kurang berkemampuan dapat menerima sumbangan daripada kerajaan dan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

“Saya sangat bersyukur terpilih sebagai penerima sumbangan ini memandangkan ibu saya telah uzur dan saya mempunyai adik kurang upaya. Sumbangan ini akan saya gunakan untuk keperluan harian kami sekeluarga” ujar Chin Hau Wai, 36, salah seorang penerima sumbangan berbangsa cina.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini menyajikan informasi termasuklah pameran visual, pertandingan bintang patriotik, pertandingan mewarna, permainan Apps. Turut diadakan Aspirasi seni (sudut karikatur), persembahan busking, edaran bahan penerbitan, kuiz kenegaraan dan pelbagi sesi interaktif lain.

Chin Hau Wai penerima sumbangan

Chin Hau Wai penerima sumbangan

Selain itu, Jabatan dan Agensi di bawah KKMM turut mengadakan pelbagai program menarik seperti tayangan dokumentari, taklimat klik dengan bijak, trailer dan filem oleh Finas dan banyak lagi.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman serta Timbalan Ketua pengarah (Kandungan Digital), Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid dan penolong-penolong pengarah Jabatan Penerangan Malaysia.

EM

Tinggalkan komen anda