Skip to main content
HomeJohor

FAMA Lancar Kelab MYAGROSIS di Politeknik Mersing

By 5 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Zahairi Ahmad Zabidi/Suraya Hani Kamarozaman (Mersing)

MERSING, 5 April (Malaysiaaktif) – Karnival Mersing Best Buy 2019 merupakan satu usaha pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam menyediakan platform jualan terus produk berasasakan pertanian kepada pengguna dengan harga yang berpatutan.

Melalui karnival yang berlangsung selama dua hari ini, pelbagai produk dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat diperkenalkan kepada penduduk setempat seperti barang proses dan makanan, buah buahan dan tanaman kontan terus dari ladang serta jualan gudang.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, aktiviti-aktiviti seperti pertandingan Kopi Tarik Berirama, pertandingan makan buah, pertandingan memasak berasaskan Roselle, pertandingan mewarna kanak kanak sekolah dan E-Sport juga menjadi tarikan pengunjung pada karnival pada kali ini.

Pelancaran Kelab MyAgrosis di Politeknik Mersing

Pelancaran Kelab MyAgrosis di Politeknik Mersing

“Tanaman Roselle khususnya di daerah Mersing dapat dipelbagaikan yang boleh dikormersialkan menjadi perniagaan dalam industri farmasiteukal, digunakan untuk minuman yang berkhasiat, digunakan sebagai bahan kecantikan alat solek dan sebagainya.

“Saya mencadangkan kepada Pegawai Daerah di sini supaya memberi persembahan ‘welcoming drink’ disediakan di setiap hotel-hotel dan resort dengan minuman Roselle sebagai produk ‘signature’ daerah Mersing yang kaya dengan tanaman Roselle keluaran FAMA ini,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Perasmian Karnival Mersing Best Buy 2019, di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj dan Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Negeri Johor, Shahrizan Sudirman.

Tetamu yang hadir bergambar kenangan bersama Ahli Kelab MyAgrosis Politeknik Mersing bergambar bersama Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Tetamu yang hadir bergambar kenangan bersama Ahli Kelab MyAgrosis Politeknik Mersing bergambar bersama Ketua Pengarah FAMA

Ahmad berkata, kerjasama antara Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diterjemahkan dengan penubuhan Kelab MYAGROSIS dan Politeknik Mersing merupakan sasaran membangunkan kelab MYAGROSIS bagi melahirkan Agropreneur Muda yang berdaya saing dan berkaliber di kalangan siswazah serta memberikan platform MYAGROSIS seperti Agro Niaga, Agro Ladang, Agro Inovasi, program kerjasama seperti Inkubasi Usahwantani, Agropreneur Muda, MyKopieSatu, Geran Agropreneur Muda (GAM), penganjuran latihan On Job Trainning (OJT) dan produk Knowledge.

“Sehingga kini, program MYAGROSIS telah dilaksanakan di 112 institusi pengajian dengan keahlian terkini seramai 45,650 ahli dan daripada jumlah tersebut 22,771 ahli kelab MYAGROSIS adalah di bawah selian FAMA serta seramai 7,881 ahli kelab MYAGROSIS adalah daripada pelajar-pelajar Politeknik,” jelasnya.

Kelab MYAGROSIS mendapat penerimaan yang baik di Johor dengan penglibatan seramai 2,020 ahli di lima buah institusi pengajian sehingga Mac 2019.

Sempena pelancaran Kelab MyAGROSIS ini turut diadakan majlis penyerahan ‘Certificate Of Collaboration’ (COC) di antara Politeknik Mersing dan FAMA serta penyerahan bantuan Projek Penternakan Lebah Madu (PolyBee) dan projek PolyCafe MyKopie beserta kanopi Kelab MyAGROSIS kepada Politeknik Mersing.

Pameran dan Gerai Jualan Karnival Mersing Best Buy 2019

Pameran dan Gerai Jualan Karnival Mersing Best Buy 2019

Pengarah program Karnival Mersing Best Buy 2019, Azielina Mohd berkata, Karnival Mersing Best Buy 2019 ini merupakan satu platform yang bagus untuk pembangunan keusahawanan pelajar politeknik bersama komuniti.

“Pelajar juga berpeluang menimba pengalaman berniaga bersama komuniti dengan pihak Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan FAMA,” katanya.

EM

Tinggalkan komen anda