Skip to main content
HomeJohor

‘Yassin Hour’ Sempena Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia Mahu Cipta Rekod MBOR

By 5 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Politeknik METrO (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 5 April (Malaysiaaktif) – Lebih kurang 50 ribu warga Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh negara terlibat menjayakan Program ‘Yassin Hour’ @ Politeknik dan Kolej Komuniti yang diadakan kelmarin sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Politeknik Malaysia pada bulan April ini.

Program yang bermula 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dan melibatkan penyertaan pelajar dari 36 buah Politeknik dan 99 buah Kolej Komuniti ini dikumpulkan bagi pembacaan surah Yassin secara serentak di seluruh negara dan seterusnya diiktiraf dalam The Malaysia Boof of Records (MBOR).

Program yang sama juga turut diadakan oleh pihak pengurusan Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Politeknik Malaysia.

Program ‘Yassin Hour’ yang dilaksanakan serentak di semua Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara merupakan suatu usaha dan doa bagi menzahirkan rasa syukur serta penghargaan terhadap kejayaan yang dikecapi selama ini. - Azirin Abdul Aziz.

Program ‘Yassin Hour’ yang dilaksanakan serentak di semua Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara merupakan suatu usaha dan doa bagi menzahirkan rasa syukur serta penghargaan terhadap kejayaan yang dikecapi selama ini. – Azirin Abdul Aziz.

Menurut Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru, Azirin Abdul Aziz, pihak pengurusannya telah bekerjasama dengan Surau Taman Suria di sini untuk menganjurkan Program ‘Yassin Hour’ yang dihadiri oleh semua warga kerja dan pelajar-pelajar PMJB.

“Selain itu, seramai lebih 40 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Syatirie hadir sama mengikuti program bacaan Yassin ini dan saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakannya.

Pelajar-pelajar dan warga kerja Politeknik METrO Johor Bahru yang hadir menjayakan bacaan ‘Yassin Hour’ serentak dengan 50 ribu peserta di seluruh negara.

Pelajar-pelajar dan warga kerja Politeknik METrO Johor Bahru yang hadir menjayakan bacaan ‘Yassin Hour’ serentak dengan 50 ribu peserta di seluruh negara.

“Program ‘Yassin Hour’ yang dilaksanakan serentak di semua Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara merupakan suatu usaha dan doa bagi menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan yang telah dicapai selama ini,” katanya semasa ditemui wartawan Malaysiaaktif di Surau Taman Suria, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa), Mohd Fahami Samad; Pengurus MM Wealth Consultant, Mariana Mamat dan Pengerusi Surau Taman Suria, Bakari Asmuni.

Program ‘Yassin Hour’ memupuk semangat dan mewujudkan suasana kerjasama antara pelajar dan pensyarah. – Nur Irdina Sahrul Basri.

Program ‘Yassin Hour’ memupuk semangat dan mewujudkan suasana kerjasama antara pelajar dan pensyarah. – Nur Irdina Sahrul Basri.

Tambah Azirin, sambutan perayaan Jubli Emas ini juga merupakan suatu program yang sangat bermakna dan membawa impak kepada sistem pendidikan TVET di negara ini secara khususnya.

“Keseluruhannya, lebih 500 ribu orang graduan dari pelbagai bidang pengajian telah dikeluarkan dari sistem pendidikan Politeknik setakat ini dan graduan-graduan tersebut telah berkembang menjadi pekerja separuh mahir yang telah banyak menyumbang dalam pembangunan negara menerusi sektor industri dan kerajaan,” jelasnya.

Beliau turut berharap agar Politeknik akan terus diperkasa untuk menjadi peneraju institusi TVET di Malaysia dan sentiasa responsif dengan perubahan teknologi dan ekonomi semasa.

Menurut salah seorang pelajar jurusan Diploma Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan di PMJB, Nur Irdina Sahrul Basri, 19, kejayaan Program ‘Yassin Hour’ ini menunjukkan semangat soladiriti dalam keluarga besar Politeknik dan Kolej Komuniti.

“Saya tahu ada beribu-ribu pelajar dan warga kerja seperti pensyarah yang berada dalam institusi ini, jadi program sebegini dapat memupuk semangat dan mewujudkan suasana kerjasama antara pelajar dan pensyarah,” ujarnya.

Program ‘Yassin Hour’ merupakan program yang baik untuk merapatkan ukhwah antara pelajar dan pensyarah Politeknik serta pelajar tahfiz dan warga komuniti. – Muhammad Nazran Roslan.

Program ‘Yassin Hour’ merupakan program yang baik untuk merapatkan ukhwah antara pelajar dan pensyarah Politeknik serta pelajar tahfiz dan warga komuniti. – Muhammad Nazran Roslan.

Seorang lagi pelajar PMJB dalam jurusan Diploma Kewangan dan Perbankan Islam, Muhammad Nazran Roslan, 19, berkata program mega yang diadakan serentak di seluruh negara seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara umat Islam khususnya di kalangan pelajar.

“Program ini antara program yang baik untuk merapatkan ukhwah antara pelajar dan pensyarah Politeknik serta pelajar tahfiz dan warga komuniti. Saya harap ia dapat disambut lagi pada tahun akan datang,” katanya.

EM

Tinggalkan komen anda