Skip to main content
HomeLabuan

Seni Jahitan Kreatif Dekatkan Wanita Bidang Keusahawanan

By 16 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Md Khairul Azad/Roziman Mahmudin

LABUAN, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Kemahiran seni jahitan kreatif mampu dekatkan wanita dengan bidang keusahawanan sekali gus membantu mengubah struktur ekonomi golongan wanita suri rumah.

Menurut Isteri Kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Profesor Doktor Zaitun Abu Bakar, seni jahitan boleh menjana pendapatan tambahan kepada keluarga walaupun hanya duduk di rumah.

“Penghasilan pelbagai produk inovasi jahitan yang unik dan berkualiti berpotensi bukan saja untuk pasaran tempatan tetapi diyakini mampu dikomersilkan ke pasaran antarabangsa,” katanya.

‘”Begitu juga dengan jahitan quilting yang merupakan seni menjahit dengan menyambung potongan-potongan kain perca menjadi satu bentuk seperti cadar, selimut dan lain-lain, tambahnya lagi

Antara peserta program CSR yang hadir

Antara peserta program CSR yang hadir

Program menjahit ini adalah salah satu inisiatif mensejahterakan rakyat Wilayah Persekutuan (WP) Labuan yang akan diusahakan oleh kerajaan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

Menurutnya lagi, hasil seni jahitan quilt itu juga berpotensi untuk dijadikan salah satu daripada produk signature baharu Labuan yang boleh dikembangkan sebagai buah tangan kepada para pelancong yang datang ke Labuan memandangkan ramai pelancong asing dari Afrika, United Kingdom, New Zealand dan Asia Barat amat meminati produk yang dihasilkan daripada seni quilting.

“Oleh itu, diharapkan selepas kelas ini dijalankan ia dapat memberi suntikan semangat untuk wanita-wanita di Labuan menerokai seterusnya membina peluang peniagaan jahitan seni quilt ini Insya Allah,” katanya semasa melancarkan Program Tanggungjawab Sosial Masyarakat (CSR) Hari Wilayah Persekutuan 2019 – Seni Jahitan Quilt Bersama Komuniti Wanita B40 Di Labuan, semalam.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan lima buah mesin jahit sumbangan Perbadanan Labuan yang akan diletakkan di bangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk kegunaan komuniti Labuan.

EM

Tinggalkan komen anda